Mengapa manusia xpernah rasa bersyukur atas apa yg di miliki tapi hny tahu menyakiti.. hati xkn menipu andai ada rase kesal, ada rase kecewa.. lahirnya sebuah kesakitan yg hny mmpu terbentuk dari jiwa yg merasai apa erti sakit.. cinta itu membawa sejuta makna seribu dosa.. xkan lahir penyesalan andai manusia xpernah rase utk menyesal..
Pernah suatu ketika aku duduk berteleku memikirkan apa sebenarnya rasa hati.. telah ku cuba utk mengerti namun aku hampa kerana aku masih gagal utk memahami..
Bukan aku xpernah cuba utk berfikiran positif, menerima segalanya sebagai takdir illahi, tapi aku masih gagal utk mengawal amarahku.. kekecewaan yg terbentuk memberi aku seribu satu rasa yg aku sendiri xmengerti..
Telah aku katakan, bagiku cinta itu hny satu, kasih ku tiada lain hny utk dirinya.. mungkin itu kesilapan ku yg plg besar kerana aku terlalu menyayangi, aku terlalu mengasihi.. aku lupa bahawasanya lelaki itu adalah sama.. kaum yg xkan pernah puas dengan sesuatu..walau mereka hny punya 1 nafsu, namun nafsu itulah yg menghancurnya aku..
Sejauh mana lagi harus aku lalui, sebanyak mana lagi kesakitan yg harus aku tanggung lagi? Bersediakah aku utk segala-galanya? Mampukah aku mengatasi dugaan yg mendatang?
Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiranku... aku tahu dia jua menyayangi, dia jua mengasihi, tapi itu bukan jaminan dia akan sedia utk setia.. aku ingin pasrah pada ketentuan, aku ingin dunia tahu bahawa aku bahagia.. aku mampu buktikan..! Tapi selama mana aku mampu menipu? Selama mana aku ingin terus bermimpi..
Cukup lama aku meyakinkan hati bahawa ia hny milikmu.. sekian lama aku cuba utk menipu diri bahawa aku xpernah kecewa, aku bahagia! Tapi sampai bila?
Cinta… ungkapan indah bagi yg memahami, bagi yg merasai…hebatnya cinta penuh dengan riang tawa, bahagia.. namun, saat cinta yg dibina dengan ketulusan, penuh keikhlasan telah dicemari, masih mampu lagikah cinta itu bertahan?
Jawapannya hny ada pada aku dan dirimu..
Abadi sebuah cinta... ungkapan indah utk sang pencinta bahagia.. aku jua ingin memilikinya…
Utk yg sepatutnya memahami, ketahuilah walau hati seorang wanita itu hny sekeras kerak nasi, ia jua mampu mati kerana luka.. andai luka yg sedia ada bertambah menjadi duka, bercambah menjadi sengsara..
Aku hny meluahkan apa yg aku rasa.. bukan niat aku utk menghakimi kaum lelaki mahupun kaum sejenisku.. aku sekadar ingin berkongsi kisah cinta yg xsemuanya bahagia.. aku mengaku, aku memang tamak.. aku xsuka berkongsi barang dengan sesiapa pun.. inikan pula berkongsi cinta.. aku lebih rela sendiri dari makan hati... kalau hati lembu, hati ayam or hati ikan sedap gak…tapi hati sendiri, pahit bagai hempedu..
Utk yg berkenaan, hati ini masih milikmu.. xkan pernah aku rela melepaskan sesuatu yg menjadi milikku.. namun, andai telah takdir aku dan dirimu xpunya ikatan lagi, aku redha.. kebahagiaanmu, kebahagiaanku jua.. dirimu hny satu.. andai suatu ketika nanti kau pny yg baru, katakanlah padanya bahawa hingga saat itu ada seseorang masih mencintaimu, masih menyayangimu.. dia xkan mampu mengatasi segala cinta yg ada yg pernah kau rasai dulu.. aku xkan pernah berdendam, tidak jua menyimpan sakit di hati, aku hny ingin kau tahu bahawa akulah pencintamu.. kaulah pencintaku..
Utk yg terbaca blog ni, aku hny sekadar berkongsi cerita, bukan duka…
Monday, August 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments on " "
Post a Comment